Nikmat dan Rezeki

syukur

 

Alhamdulillah masih diizinkan ALLAH untuk terus berkongsi di blog ini. Sesungguhnya nikmat ALLAH itu terlalu besar dan tidak terbatas. Semoga kita sama-sama dapat bersyukur di atas setiap pemberian ALLAH walau hanya sekecil-kecil nikmat mengikut pandangan atau persepsi kita sendiri.

Sebenarnya nikmat ALLAH itu terlalu besar dan luas, cuma keterbatasan yang ada pada diri membuatkan kita tidak mampu melihat rahmat disebalik pemberian dariNYA kerana itulah kita sukar untuk bersyukur, juga sukar untuk menerima diri seadanya. Sedangkan ALLAH sentiasa melakukan yang terbaik dan paling sempurna untuk kita sebagai hambaNYA.

ALLAH sentiasa memberikan nikmat kepada hambaNYA pada setiap detik dan saat , namun tidak ramai yang dapat merasakan nikmat tersebut kerana itu kita sentiasa mengeluh tentang kehidupan yang dilalui.Sekiranya nikmat yang dianggap sedikit mengikut persepsi sendiri tidak mampu untuk disyukuri, bagaimana agaknya jika diberikan nikmat yang lebih besar.

Continue reading

Disini bermulanya

bahagia-dalam-rumahtangga

 

Alhamdulillah, Terima kasih Ya ALLAH kerana diizinkan ALLAH untuk berkongsi melalui blog ini. Insya ALLAH perkongsian melalui blog ini akan memfokuskan kepada hidup berkesedaran supaya kita mencapai kebahagiaan dan kesedaran yang sebenar.

Semua orang inginkan kehidupan yang bahagia, tetapi tidak semua mencapai kebahagiaan  yang diinginkan. Mengapa situasi seperti itu berlaku? kerana kita tidak pernah sedar apakah hakikat kebahagiaan hidup yang sebenar. Sekiranya tidak pernah sedar apakah  kebahagiaan yang sebenar, bagaimana mungkin kita memiliki kebahagiaan hidup yang diinginkan.

Setiap perkongsian yang bakal dikongsikan disini hanyalah satu perkongsian untuk menyebarkan kesedaran yang hadir di dalam diri penulis. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu mengetuk pintu kesedaran yang sebenar dan menghancurkan belenggu yang ada di dalam diri kita untuk mecapai kebebebasan dan kebahagiaan yang sebenar kerana bahagia itu sederhana dan selayaknya menjadi milik kita semua.